Lilypie Breastfeeding PicLilypieBreastfeeding Ticker

mama haziq

mama haziq

Papa Haziq

Papa Haziq

Haziq diusia 8jam

Haziq diusia 8jam

Friday, September 28, 2007

blog baru hamba

lupa nak war2 kan..sesungguhhnya blog neh blog baru hamba.. blog lama mana p..??
masih wujud tp haku ni la.. lupa plak password... padan muka trus xleh log in..mcm2 sgt,mana satu haku pon taktau..ampa tgk la,btapa lama haku x jengok..pai lupa abeh.. x pa la..anggap ja bukan rezki patik..

wpon blog neh lain, tp pemilik blog ini tetap sama dr segala aspek yg anda smua telah sedia maklum..beliau ini sangat cun dan best orangnya..janganlah menidakkan kenyataan ini hanya kerana perasaan iri hati. dan AWAS! beliau yang dimaksudkan sudah berkahwin dan BARU dikurniakan seorang anak lelaki yang comel seperti ibunya jua. blog ini mengandungi lontaran-lontaran bernas lagi sinis serta catatan peristiwa-peristiwa manis yang dialami beliau dan keluarganya..

sekian...

Bio-faktor susu ibu



Mengandungi pelbagai protein, lemak, karbohidrat dan mineral yang saling ‘bekerjasama’

EMPAT bulan pertama selepas kelahiran adalah saat paling penting dalam kehidupan setiap bayi dan kekurangan walau satu nutrien dalam tempoh ini boleh menjejaskan perkembangan si kecil, terutama sistem saraf dan imun.

Secara umumnya bayi memerlukan sekurang-kurangnya 30 jenis nutrien yang boleh diperoleh secukupnya dalam susu ibu. Susu ibu mengandungi pelbagai jenis protein, lemak, karbohidrat dan mineral yang saling ‘bekerjasama’ dan gabungan ini dikenali sebagai bio-faktor.

Walaupun kebaikan susu ibu diketahui sejak zaman berzaman, banyak perkara masih menjadi misteri kepada pakar perubatan dan saintis, terutama mengenai komposisi kandungannya yang berubah-ubah mengikut keperluan bayi.

Secara umumnya susu (sama ada susu manusia atau haiwan, terutama lembu) ada banyak jenis protein yang dipanggil protein casein dan whey. Berbanding dua jenis protein ini, protein whey dianggap lebih baik kerana ia mudah dihadam.

Sehingga kini banyak kajian dilakukan ke atas susu ibu, terutama terhadap kandungan proteinnya dan antara yang istimewa ialah penemuan komponen utama protein whey iaitu alfa-laktalbumin (protein alfa).

Apa keunikan protein alfa? Ia sejenis protein mudah larut yang membabitkan banyak jenis asid amino perlu seperti triptofan, sistein dan leusin. Semua asid amino ini memainkan banyak fungsi penting dalam memastikan tumbesaran dan perkembangan bayi berlaku dengan sempurna.

Tidak kira bagaimana corak pemakanan si ibu, kajian menunjukkan susu dihasilkan secara umumnya mengandungi kandungan protein alfa yang lebih kurang sama di seluruh dunia, kata Pensyarah Jabatan Sains Makanan dan Nutrisi Manusia, Universiti Illinois, Profesor Eric Louis Lien.

“Keperluan protein bayi adalah sangat khusus. Kekurangan satu jenis amino asid boleh menjejaskan perkembangan mereka secara keseluruhan. Setakat ini, hanya susu ibu boleh membekalkan semua keperluan bayi dan belum ada susu formula dapat menandinginya.

“Susu ibu ada komposisi asid amino yang tepat mengikut umur bayi. Ini sebabnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan wanita menyusukan bayi secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan supaya anak mendapat semua manfaat yang diperlukan dalam tempoh awal kehidupan mereka,” katanya.

Uniknya, kandungan susu, khususnya protein alfa, tidak banyak berbeza, walaupun corak pemakanan tidak sama. Kajian ke atas 450 sampel susu ibu dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jepun, Filipina, Chile, Kanada, China dan Mexico mendapati tahap protein alfa agak sama, iaitu dengan purata 2.5 g/l.

Perbezaan diet (contohnya bagi wanita Kanada yang banyak makan daging dengan wanita China (nasi dan sayur-sayuran) tidak menunjukkan perbezaan ketara kandungan protein alfa dalam susu ibu.

Bagaimanapun, Dr Lien tidak menolak amalan pemakanan yang sangat buruk boleh menjejaskan kualiti susu ibu, terutama paras protein, sesetengah jenis vitamin dan mineral.

Namun, perkara ini jarang berlaku kerana kebanyakan wanita kini mempunyai kesedaran tinggi terhadap penjagaan makanan ketika mengandung.

Namun, bukan semua wanita dapat menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan. Ramai ibu bekerja beralih kepada susu formula sebagai makanan alternatif sementara mereka di pejabat dan kembali memberi susu badan apabila pulang ke rumah.

Tindakan ini disifatkan amalan baik kerana bayi masih boleh mendapat manfaat susu ibu. Untuk menyaingi kebaikan susu ibu, kebanyakan pengusaha terpaksa meningkatkan tahap protein.

Dr Lien berkata, secara umumnya susu ibu mengandungi 60 peratus protein whey dan 40 peratus protein casein, manakala susu lembu mengandungi 20 peratus protein whey dan 80 peratus protein casein.

Dalam susu formula (susu lembu) kandungan protein alfa hanya sekitar 0.5 g/l dan 1.3 g/l (dalam susu formula diperkaya protein whey) berbanding 2.4 g/l dalam susu ibu.

Untuk menyamai kebaikan susu ibu, pengusaha cuba meningkatkan kandungan protein dalam susu formula. Kandungan protein susu formula biasanya lebih tinggi (antara 14 hingga 18 g/l) berbanding hanya 9 hingga 11 g/l dalam susu ibu.

Namun, kandungan protein berlebihan ini ada keburukannya kerana boleh menyebabkan beberapa masalah atau tekanan kepada sistem pencernaan dan organ bayi yang masih kecil untuk bekerja lebih kuat.

Malah, kajian dilakukan untuk membandingkan kesan ketoleranan usus (GI) antara susu ibu dan formula. Didapati bayi yang diberikan susu ibu tidak banyak mengalami masalah GI seperti sembelit, sakit perut, asid refluks, perubahan pada najis, cirit-birit, gangguan pada rektum (bahagian akhir usus besar) dan keradangan usus.

Justeru, kata Dr Lien, wanita perlu menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya enam bulan secara eksklusif dan penyusuan boleh diteruskan selagi terdaya kerana walaupun selepas dua tahun, susu ibu masih banyak khasiatnya.

>Kesan protein berlebihan

> Tekanan metabolik.

> Muatan berlebihan ke atas buah pinggang bayi.

> Insulinogenik (berlebihan asid amino merangsang badan menghasilkan lebih banyak insulin, sedangkan ia tidak diperlukan).

> Mengubah kandungan air dalam badan.

> Kemungkinan mengalami obesiti.

Acara synchronised breastfeeding 8 Ogos dikutuk..!!

smemangnye aku ade cket ase marah... tp mmg la lain org lain pdpat..
tp ntah la.. haku bace,trus ase cam...hek elleyy.. bia la ibu2 kat mesia ni nak masok GBOK tuh, bukan sbb ape, juz nk promote n tingkatkn lagik semangat tuk ibu2 lain sal breastfeed neh...

nah bace la neh...

http://doctorslife.blogspot.com/2007/08/i-dont-know-why-but-i-found-this.html


aku skang pon mmg fully breastfeed, gpon skang aku kan masih bcuti,pai bln 12 tuuu.. bile dah mule kelas balek ujong bln 12 anti, insyaAllah akan still breastfeeding my haziq.. ape lagi, kene ptingkatkn lagik la sesi pumping.. tp klu x tdaya tuh,apa kan daya..
Niat di hati tu nak breastfeed pai 2 taon.. kalu x dpt 2 tahun, at least 6 months... kalu x mampu gak 6 months... Paling busuk pon bia pai till 3-4months... cayok2..
selagi mampu akan aku trus bagi haziq BM.. tp klu da mmg x leh diatas alsan2 tetentu tuh... tpakse laa jugak kasik FM..

Thursday, September 27, 2007

mama haziq

hurmmm ni gamba mase kat mines.. da peknen da mase neh.. saje nk nk tempek gambo haku dlm neh..

alahai..ntah..xtau mende

Pernah tak korang asa lemau? beku?...Itulah yang aku rasa skang,kurang keghairahan tuk mengapdet blog..Aku try untk mengapdet blog aku tapi disebabkan tahap kelemauan dan ketepuan aku yang melampau tu aku tak tau apa merapu kat sini...Mungkin sebab aku sekarang da semakin SERIUS kot...?? ye ke..? aku serius??? ohhh x mgkin....klu ampa tgk aku dlm keadn serius tuh,cpat2 la tepon otomen,suh fire bg kiokk... tu resakse la tu myamar jd aku..
aku ase aku serius pon ade la 4 kali..
ptame- mase semayang dan lain2 dlm bab2 agama..
kedua- mase exam.. gile ko x serius??
ke3 - mase tgk cite kegemaran..fuh focus abes, time study pon x seserius neh..dlm kelas lagik aa
ke4 - yg ke4 ni yg d latest la aku serius... mase bsalin br2 neh... mmg paling serius aku nah jadik..pai laki aku pon aku tampar2 kat labour room tuh.. x dose kut wat camtu kat somi dlm kes2 camtu..tp xpe,da mntak ampon dah?? hehe.. wehhh sakit wo0o0.. fuuhhhh